Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dipukul Dan Dipijak Ketika Cuba Lerai Pergaduhan

Diterbitkan: 23 Aug 2016 9.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
George Town, 23 Ogos 2- Seorang tukang cuci maut selepas dipukul dan dipijak ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua keluarga di Flat Jalan Kurau di sini malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dipukul-dan-dipijak-ketika-cuba-lerai-pergaduhan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:57 MYT

George Town, 23 Ogos 2- Seorang tukang cuci maut selepas dipukul dan dipijak ketika cuba meleraikan pergaduhan antara dua keluarga di Flat Jalan Kurau di sini malam tadi.

P.Panjavarman, 56, mati selepas mengalami kesukaran bernafas dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata pergaduhan dilapor pada pukul 11.15 malam berpunca apabila satu pihak menulis ayat-ayat yang menghina di Facebook.

"Dalam pertengkaran itu berlaku serangan dan mangsa yang cuba meleraikan pergelutan telah dipukul dan dipijak dan kematian disebabkan kerosakan teruk arteri koronari," katanya.

Mior Faridalathrash berkata susulan kejadian itu, tiga wanita dan seorang pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Kesemua mereka direman enam hari.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2016 9.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM