Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dikejar Dari Chow Kit Hingga Kajang Sebelum Ditahan

Diterbitkan: 01 Sep 2016 6.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Dua lelaki ditahan setelah dikejar hampir 50 kilometer dari Jalan Chow Kit di sini hingga plaza tol di Bandar Bukit Mahkota, Kajang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dikejar-dari-chow-kit-hingga-kajang-sebelum-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:48 MYT
Kuala lumpur, 1 September 2016 - Dua lelaki ditahan setelah dikejar hampir 50 kilometer dari Jalan Chow Kit di sini hingga plaza tol di Bandar Bukit Mahkota, Kajang.

Aksi mengejar itu bermula di Lorong Haji Hussein pada pukul 5.15 petang semalam setelah pihak polis mengesan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Pihak polis pada mulanya mengarahkan pemandu kereta itu agar berhenti, tetapi dia terus memecut keretanya ke Jalan Ipoh sebelum memasuki arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan.

"Kami kemudiannya meminta Unit Rondaan Bermotosikal Sentul agar membantu
mengejar kereta yang dinaiki tiga lelaki itu di Jalan Ipoh sehingga ke lebuh raya berkenaan," kata kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta berkenaan turut cuba melanggar anggota polis bermotosikal sehingga memaksa mereka melepaskan beberapa das tembakan.

Pemandu itu kemudiannya memasuki susur masuk ke Bandar Bukit Mahkota, Kajang
sebelum berhenti tidak jauh dari kawasan plaza tol berhampiran, kata Zainol.

"Di situ pihak polis berjaya menahan dua daripada lelaki terbabit manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

"Dalam kereta itu, kami menjumpai 30 paket disyaki heroin, satu paket dipercayai syabu dan satu lagi paket disyaki ganja," katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 01 Sep 2016 6.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM