Artikel
Dig Dato Sri Abdul Aziz Dilantik Timbalan Kpn Ke 30
Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid atas pelantikan seb...
Seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) yang baharu.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah ditempatkan di pelbagai jabatan dalam PDRM. Antaranya adalah Jabatan Pengurusan, Cawangan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.
Setinggi-tinggi tahniah sekali lagi dan selamat bertugas Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid!