Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dig Dato Razarudin Dilantik Sebagai Timbalan Kpn Ke 28

Diterbitkan: 24 Dec 2021 1.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan DIG Dato’ Razarudin Husain sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu yang ke-28 berkuat kuasa mulai 26 Disember 2021.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dig-dato-razarudin-dilantik-sebagai-timbalan-kpn-ke-28
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:17 MYT

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan DIG Dato’ Razarudin Husain sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu yang ke-28 berkuat kuasa mulai 26 Disember 2021.

Sebagai makluman, Dato’ Razarudin Husain dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Zainah Othman.
Siswa Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini pernah diamanahkan pelbagai jawatan penting dalam Pasukan.

Antaranya Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan Komander Special Task Force on Organised Crime (STAFOC), Timbalan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perak sebelum dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 9 September 2020.

Sekali lagi bagi pihak warga Pasukan, kami mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah demi Pasukan dan negara buat DIG Dato’ Razarudin Husain!

ArtikelDiterbitkan 24 Dec 2021 1.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM