Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dicekup Tunggu Pelangan

Published: 19 Jun 2014 2.26 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek yang sama turut terbabit dalam beberapa kes jenayah lain termasuk pecah rumah di sekitar bandar itu berikutan mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan ket..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-tunggu-pelangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:03 MYT
Hasrat tiga lelaki untuk menikmati hasil jualan motosikal curi tidak kesampaian apabila ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Pusat Miri di dua lokasi berasingan kelmarin. Suspek yang berusia 14 hingga 21 tahun itu ditahan hasil daripada maklumat orang awam dan risikan sejak beberapa hari lalu.

Pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek yang sama turut terbabit dalam beberapa kes jenayah lain termasuk pecah rumah di sekitar bandar itu berikutan mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan ketika ditahan.

Kesemua suspek ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Dicekup Tunggu Pelangan

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 19 Jun 2014 2.26 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM