Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dicekup Sejam Selepas Curi Kereta

Diterbitkan: 05 Jan 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki yang juga penagih dadah dicekup sejam selepas mencuri sebuah kereta jenis Satria GTI di pekan Bahau di sini pada Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-sejam-selepas-curi-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:46 MYT
Jempol - Seorang lelaki yang juga penagih dadah dicekup sejam selepas mencuri sebuah kereta jenis Satria GTI di pekan Bahau di sini pada Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 40-an itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang pemuda mengenai kehilangannya kereta abangnya diletakkan di hadapan sebuah kedai tayar di pekan berkenaan. 

"Mangsa meletakkan kenderaan itu pada pukul 12.30 tengah hari. Kira-kira 15 minit kemudian, dia mendapati kereta itu lesap sebaik keluar dari kedai.

"Bertindak atas maklumat, kita dapat mengesan kereta tersebut yang dipandu seorang lelaki di Pasir Besar di sini sebelum ditahan di Gemas," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di sini semalam. 

Sumber: Kosmo

Dicekup Sejam Selepas Curi Kereta
ArtikelDiterbitkan 05 Jan 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM