Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dicekup Lepas Empat Hari Bunuh Isteri

Published: 06 Nov 2014 2.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Subang Jaya, 6 November - Selepas empat hari membunuh isterinya, seorang penjenayah akhirnya dijejaki dan diberkas polis sedang bersembunyi di sebuah rumah usang di Ipoh, Perak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-lepas-empat-hari-bunuh-isteri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:00 MYT

Subang Jaya, 6 November - Selepas empat hari membunuh isterinya, seorang penjenayah akhirnya dijejaki dan diberkas polis sedang bersembunyi di sebuah rumah usang di Ipoh, Perak.
Suspek berusia 33 tahun itu ditahan polis di sebuah rumah di Persiaran Bekor, Buntong, Ipoh, jam 11.30 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek diberkas anggotanya dibantu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.
Hasil penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan isteri suspek pada Sabtu lalu,' katanya semalam.
Suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dicekup Lepas Empat Hari Bunuh Isteri

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 06 Nov 2014 2.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM