Dicekup Leka Punggah Barang Aplikasi Mydistress Bantu Poli
Leka
membawa keluar barangan yang baru dicuri dari sebuah rumah yang dipecah
masuknya di SS14, Subang Jaya, seorang lelaki berjaya diberkas selepas
seminit jiran mangsa memaklumkan insiden itu kepada pihak polis, malam
kelmarin.
Difahamkan,
jiran mangsa yang berasa curiga apabila melihat sebuah motosikal
diletakkan di lorong belakang segera menggunakan aplikasi telefon
pintar, MyDistress untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis.
Unit
Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Subang Jaya tiba di lokasi
seminit selepas panggilan diterima dan berjaya menangkap suspek walaupun
pada mulanya dia bertindak agresif bagi melepaskan diri.

Sumber : Sinar Harian