Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dicekup Ketika Tunggu Pelanggan

Diterbitkan: 14 Sep 2016 7.38 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kota kinabalu - Hajat dua pengedar dadah termasuk seorang wanita untuk meraih keuntungan hasil penjualan dadah terbantut apabila mereka dicekup di sebuah restoran di sebuah pusat beli-belah di sini, Jumaat lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-ketika-tunggu-pelanggan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:55 MYT
Kota kinabalu - Hajat dua pengedar dadah termasuk seorang wanita untuk meraih keuntungan hasil penjualan dadah terbantut apabila mereka dicekup di sebuah restoran di sebuah pusat beli-belah di sini, Jumaat lalu. 

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 32 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang dipercayai ketika sedang menunggu pelanggan di restoran berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, siasatan awal mendapati, suspek lelaki merupakan adik ipar kepada suspek wanita tersebut. 

Katanya, pemeriksaan ke atas beg tangan yang dibawa wanita itu menemukan enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz dipercayai mengandungi dadah jenis syabu.

Anggaran berat syabu yang dirampas ialah 301.50 gram dengan nilai mencecah RM42,000," katanya.

Sumber: Kosmo
 
 
 
 
 
 
 
 
Dicekup Ketika Tunggu Pelanggan
ArtikelDiterbitkan 14 Sep 2016 7.38 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM