Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Diberkas Cuba Rompak Rumah Pegawai Polis

Published: 16 Jun 2014 2.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seorang lelaki ternyata tersilap langkah kerana telah memilih untuk merompak sebuah rumah milik seorang anggota polis di Taman Cahaya, Kuala Lipis, Selasa malam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/diberkas-cuba-rompak-rumah-pegawai-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:55 MYT
KUANTAN, 24 Nov -- Seorang lelaki ternyata tersilap langkah kerana telah memilih untuk merompak sebuah rumah milik seorang anggota polis di Taman Cahaya, Kuala Lipis, Selasa malam.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, suspek berusia 47 tahun itu, diberkas oleh pegawai polis wanita berpangkat inspektor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Mohd Haris Daud berkata ketika kejadian pegawai polis berusia 28 tahun itu bersendirian di rumah dan sedang menonton televisyen.

"Suspek yang masuk menerusi tingkap bilik tidur dan melarikan diri apabila menyedari pegawai polis berkenaan berada di rumah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pegawai berkenaan kemudiannya berjaya memberkas lelaki berkenaan.
ArticlePublished 16 Jun 2014 2.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM