Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Di Mata Pdrm Palestin Tidak Pernah Dilupakan

Diterbitkan: 17 Nov 2016 9.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 17 Nov 2016 – Sebagai membuktikan sokongan padu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi bantuan kemanusiaan, Aman Palestin Berhad dengan kerjasama PDRM telah mewujudkan jalinan strategik dalam usahasama mengumpul serta mengisi dana Tabung Kemanusiaan Palestin melalui satu majlis perasmian ‘Kempen Palestin Tidak Dilupakan’ di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/di-mata-pdrm-palestin-tidak-pernah-dilupakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:50 MYT

Kuala Lumpur, 17 Nov 2016 – Sebagai membuktikan sokongan padu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi bantuan kemanusiaan, Aman Palestin Berhad dengan kerjasama PDRM telah mewujudkan jalinan strategik dalam usahasama mengumpul serta mengisi dana Tabung Kemanusiaan Palestin melalui satu majlis perasmian ‘Kempen Palestin Tidak Dilupakan’ di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dalam ucaptamanya berkata, dalam menyuarakan rasa simpati dan prihatin terhadap musibah dan kesengsaraan rakyat di negara-negara yang bergolak, PDRM turut terpanggil mengambil peluang untuk membuat kebajikan dari aspek bantuan kemanusiaan bagi meringankan bebanan serta penderitaan yang dihadapi ribuan penduduk Palestin yang sehingga kini masih lagi dihambat dengan keganasan serta kerakusan Israel yang berlanjutan tahun lamanya.

“PDRM amat menyokong usaha murni Aman Palestin Berhad, sebuah organisasi yang ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan serta melibatkan diri dalam projek-projek kebajikan dan kemanusiaan khususnya sebagai ikhtiar meringankan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat-rakyat yang ditindas dengan kezaliman seperti Palestin dan Syria,” tambah beliau lagi.

Kempen ini juga akan terus diperluaskan ke seluruh kontinjen PDRM serta diaturgerakkan dengan pengisian pelbagai program dan aktiviti yang bermanfaat seterusnya memberi kesedaran serta keinsafan kepada masyarakat dalam menghayati erti kemanusiaan sejagat.

Aman Palestin Berhad merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah mula beroperasi sejak tahun 2004 dan telah diluluskan secara rasmi pada tahun 2006 dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan ‘non-profit organisation’ bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.

Terdahulu, Aman Palestin Berhad pernah menyuarakan dan mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan untuk menjadi rakan sekutunya bagi membuat kutipan sumbangan berkala tidak kiralah sekecil-kecil sumbangan ataupun melalui potongan gaji agar dapat membela nasib rakyat Palestin dan Syria memandangkan keadaan di kedua-dua negara tersebut masih kritikal dan terkubur tanpa nisan di tanah air sendiri.

Dalam majlis tersebut juga, Tan Sri Khalid yang mewakili seluruh warga PDRM turut berbesar hati menyampaikan cek sumbangan dari pihak PDRM berjumlah RM50,000 untuk didermakan ke dalam Tabung Aman Palestin Berhad bagi kegunaan penduduk Palestin di kala musim sejuk yang bakal tiba kelak.

Turut hadir pada hari ini, Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Berhad, Puan Hajjah Hashimah Haji Salleh, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, barisan Pengarah PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri, para pegawai kanan PDRM, barisan Jawatankuasa Aman Palestin Berhad, serta rakan-rakan media.
_MG_5314
Sekitar sesi bergambar kenangan..

_MG_5216
Sekitar majlis perasmian 'Kempen Palestin Tidak Dilupakan'..

IMG_5904
Sekitar sesi penyerahan Tabung Kemanusiaan Palestin...

IMG_5918
Sekitar sesi menandatangani borang auto debit...

_MG_5189
Sekitar sesi pendaftaran...

_MG_5251Ahli Lembaga Pengarah Aman Palestin Berhad, Puan Hajjah Hashimah Haji Salleh memberikan ucapan..

IMG_5933
Kunjungan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar ke galeri Aman Palestin..

IMG_5954
Sekitar sidang media berlangsung...

ArtikelDiterbitkan 17 Nov 2016 9.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM