Demostrasi Pasukan Polis Marin Korea Coast Guard
Demostrasi Pasukan Polis Marin & Korea Coast Guard
Klang, 2 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Pasukan Polis Marin (PPM) dan Korea Coast Guard (KCG) telah menjalankan demonstrasi membanteras jenayah marin yang berlangsung di Pelabuhan Utara, dekat sini, pagi tadi.
Ianya merupakan acara kemuncak sempena mesyuarat dua hala dan latihan bersama kali ke-11 yang bermula pada 31 Mei lepas diantara PDRM dan KCG dalam memperkukuhkan kedaulatan perairan negara.
Demonstrasi tersebut telah mempersembahkan babak-babak yang mencemaskan diantara Unit Gempur Marin (UNGERIN) dan KCG dalam menumpaskan lanun yang melakukan rampasan kapal dan menjadikan anak kapal sebagai tebusan.
Hadir sama menyaksikan demonstrasi tersebut ialah YDH Komander PPM, SAC Abdul Rahim bin Abdullah, Director Maritime Guard and Safety Bereau, Senior Superitendent General Nam Sang Wook, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Anak-naka kapal KCG dan rakan media.
YDH Komander PPM, SAC Abdul Rahim bin Abdullah bersama Director Maritime Guard and Safety Bereau, Senior Superitendent General Nam Sang Wook.
Sekitar demostrasi berlangsung..
Sesi sidang media