Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Delegasi Universiti Tun Abdul Razak Lawat Ipp Bukit Aman

Published: 02 Dec 2015 8.53 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Delegasi seramai 72 orang yang diketuai oleh Assoc. Prof. Dato’ Ibrahim Abu Bakar disambut mesra oleh Superintendan USKPN, Tuan Venugopal Navaretnam dan Pegawai Unit Sumber Infomasi dan Analisis, DSP Rizal Abd Rahman Sidek, selaku pegawai korporat Bukit Aman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/delegasi-universiti-tun-abdul-razak-lawat-ipp-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:13 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo
Foto : Kpl Aslam Shir Khan

Kuala Lumpur, 2 Dis – Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lawatan dari delegasi Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) yang berlangsung di Dewan Theaterette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

Delegasi seramai 72 orang yang diketuai oleh Assoc. Prof. Dato’ Ibrahim Abu Bakar disambut mesra oleh Superintendan USKPN, Tuan Venugopal Navaretnam dan Pegawai Unit Sumber Infomasi dan Analisis, DSP Rizal Abd Rahman Sidek, selaku pegawai korporat Bukit Aman.

Sepanjang lawatan itu, delegasi telah bersuai kenal dan diberikan taklimat berkaitan PDRM serta fungsi masyarakat dalam menangani jenayah bagi mengeratkan lagi kolaborasi antara polis dan masyarakat.

Lawatan hampir dua jam itu diakhiri dengan majlis bergambar kenangan di Lobi Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Delegasi Universiti Tun Abdul Razak Lawat Ipp Bukit Aman
Delegasi bergambar kenangan di Loby Menara 1 Bukit Aman


ArticlePublished 02 Dec 2015 8.53 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM