Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Delegasi Lec Adakan Lawatan Kerja Ke Pulapol Kuala Lumpur

Diterbitkan: 17 May 2024 12.02 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.13 PM
Kuala Lumpur, 17 Mei 2024 – Delegasi Islamic Republic of Iran’s Law Enforcement Command (LEC) yang diketuai oleh Chief Commander LEC, Brigadier General Ahmad Reza Radan pagi tadi telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/delegasi-lec-adakan-lawatan-kerja-ke-pulapol-kuala-lumpur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:56 MYT

Kuala Lumpur, 17 Mei 2024 – Delegasi Islamic Republic of Iran’s Law Enforcement Command (LEC) yang diketuai oleh Chief Commander LEC, Brigadier General Ahmad Reza Radan pagi tadi telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato' Mohd Roze Shaari bersama Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Dato’ Mohd Sukri Kaman dan Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Muhammad Idzam Dato’ Hj. Jaafar sebelum diiring ke pentas di hadapan padang kawad untuk menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi oleh Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis PULAPOL Kuala Lumpur.

Delegasi LEC telah dibawa ke Bangunan Akademik dan Pusat Simulasi Taktikal untuk melihat pengurusan institusi latihan selain turut dipersembahkan demonstrasi kes rompakan bersenjata sebelum mereka dibawa ke lapang sasar untuk melihat demonstrasi menembak bagi acara “Speed Shooting” dan “Falling Plate” daripada lima jurulatih menembak pusat latihan itu. Tidak ketinggalan, para delegasi berkesempatan mengasah kemahiran mereka menggunakan senjata api bagi acara “Falling Plate”.

Pada sebelah petangnya pula, delegasi LEC berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan kerjasama antara dua negara khususnya dalam bidang keselamatan.

Hadir sama, Ambassador of the Embassy of the Islamic Republic of Iran, H.E. Valiollah Mohammadi Nasrabadi, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Pahlawan Supramaniam Ramasamy dan barisan Setiausaha Bahagian KDN.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini, Lans Koperal Bryanlie Mustin, Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 13 people and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 6 people

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 10 people, ambulance, jeep and text

May be an image of 9 people, scooter, motorcycle and text

May be an image of 4 people

May be an image of 12 people

May be an image of 14 people, helicopter and text

May be an image of 8 people


ArtikelDiterbitkan 17 May 2024 12.02 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.13 PM