
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Bagi Negeri Perlis dan seluruh jajahan takluknya pada hari ini, 17 Mei 2024 bersamaan 8 Zulkaedah 1445 Hijrah.