
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada hari ini, 8 Jun 2020 (Isnin) bersamaan 16 Syawal 1441H.
Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Tuanku.
Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku!