Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Datuk Seri Ayob Khan Tiba Di Menara 1 Bukit Aman Mula Tugas Rasmi Timbalan Kpn

Published: 10 Jul 2023 5.09 AM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
Kuala Lumpur, 10 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay tiba di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, bagi memulakan tugas rasmi di pejabat Timbalan KPN.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/datuk-seri-ayob-khan-tiba-di-menara-1-bukit-aman-mula-tugas-rasmi-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:12 MYT
Kuala Lumpur, 10 Julai 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay tiba di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, bagi memulakan tugas rasmi di pejabat Timbalan KPN.

Beliau bersama isteri, SAC Datin Seri Zalena Mohd Ariffin merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia tiba di pintu masuk utama Bukit Aman kira-kira jam 8.00 pagi tadi, diberikan "Guard Turn Out" oleh anggota Cawangan Kem Komandan, Bukit Aman, sebelum kenderaan rasminya berhenti di lobi utama Menara 1.

Datuk Seri Ayob Khan kemudiannya disambut oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia KPN sebelum diiringi ke tingkat 31 yang menempatkan pejabat rasmi KPN dan timbalannya.

Tertib jadual tugas beliau hari ini dimulakan dengan bacaan doa selamat yang berlangsung dekat Pejabat KPN dengan dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria yang turut dihadiri oleh KPN, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Datuk Seri Ayob Khan yang masih memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dilantik sebagai Timbalan KPN, berkuatkuasa 22 Jun lalu selepas mengambil alihnya daripada Tan Sri Razarudin.

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 1 person

May be an image of 5 people, ambulance and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais, the Oval Office and text

May be an image of 3 people

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 6 people, wedding, dais and text

May be an image of 1 person and text that says 'AYOB 2 DRM'

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 4 people and text
ArticlePublished 10 Jul 2023 5.09 AMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM