Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dato Sri Mohd Shuhaily Terajui Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

Published: 15 Aug 2023 5.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023 - CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini secara rasmi menerajui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-sri-mohd-shuhaily-terajui-jabatan-siasatan-jenayah-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:48 MYT
Kuala Lumpur, 15 Ogos 2023 - CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini secara rasmi menerajui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman dalam Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJ di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Pelantikan beliau adalah bagi melengkapkan barisan kepimpinan JSJ yang sebelum ini disandang oleh DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 22 Jun lalu.

Majlis pagi tadi dimulakan dengan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) pengarah yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain kepada Dato' Sri Mohd Shuhaily di hadapan para tetamu yang hadir.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara serah terima tugas jawatan Pengarah JSJ di antara Dato' Sri Ayob Khan dan Dato' Sri Mohd Shuhaily dengan disaksikan oleh Tan Sri Razarudin disusuli penyerahan dokumen rasmi bersama tongkat kuasa.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung acara serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JSJ di antara SAC Datin Sri Dato' Zalena Mohd Ariffin kepada suri hati Dato’ Sri Mohd Shuhaily iaitu Datin Sri Ennie Salina Roseli yang sebelum ini merupakan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur. Acara tersebut disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman.

Dato' Sri Mohd Shuhaily merupakan anak jati kelahiran Kuala Lumpur, mula menyertai Pasukan sejak tahun 1998 telah memegang beberapa jawatan penting antaranya Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ketua Cawangan Khas Pahang, Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman, Ketua Polis Pulau Pinang dan Polis Kuala Lumpur.

Turut hadir, barisan Pengarah PDRM, para Pegawai Kanan PDRM dan rakan media.
Selamat bertugas Dato' Sri.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Muhamad Izqhar Zainal Ibidin dan Lans Koperal Bryan Mustin

May be an image of 5 people and text

May be an image of ‎4 people, dais and ‎text that says '‎الله DAN SERAH TERIMA TUGAS NGARAH JABAT SIA ATA JENAYAH 15 2023 IBUPEJA OGOS MEPEGA NAN

May be an image of 3 people, headscarf, dais and text that says 'DAN SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH JABA N SIASATAN JENAYAH 15 OGOS MESPEGA ANAN 2023 IBU IBUP

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 3 people, dais and text
ArticlePublished 15 Aug 2023 5.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM