Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dato Sri Mohd Khalid Santuni Barisan Bekas Kpn Dan Timbalan Kpn Dalam Majlis Ramah Mesra

Published: 06 Oct 2025 11.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Majlis yang diadakan bertujuan menghargai jasa serta sumbangan pimpinan terdahulu yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk dan memperkukuh institusi kepolisan dari dahulu hingga kini. Selain itu, ia juga mengeratkan hubungan kerjasama antara pucuk pimpinan tertinggi Pasukan di samping membincangkan hala tuju strategik dan bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan serta ketenteraman awam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-sri-mohd-khalid-santuni-barisan-bekas-kpn-dan-timbalan-kpn-dalam-majlis-ramah-mesra
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:03 MYT
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menyantuni barisan bekas KPN dan Timbalan KPN dalam Majlis Ramah Mesra yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, petang tadi.

Majlis yang diadakan bertujuan menghargai jasa serta sumbangan pimpinan terdahulu yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk dan memperkukuh institusi kepolisan dari dahulu hingga kini. Selain itu, ia juga mengeratkan hubungan kerjasama antara pucuk pimpinan tertinggi Pasukan di samping membincangkan hala tuju strategik dan bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa yang melibatkan keselamatan serta ketenteraman awam.

“Hubungan yang terjalin ini bukan sahaja memperkukuh silaturahim, malah menjadi ruang perkongsian ilmu dan pandangan dalam meyuntik semangat dan menyulam hikmah untuk dijadikan pedoman dalam mengemudi arah perjuangan demi kebaikan PDRM secara keseluruhan,” ujar beliau.

Dalam majlis yang diadakan juga, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid berharap barisan kepimpinan tertinggi Pasukan akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan, khususnya melibatkan hal-hal berkaitan kebajikan seluruh warga Pasukan yang telah bersara serta mendoakan kesejahteraan kesihatan dan kebahagian di dunia dan akhirat buat semua, pemimpin unggul Sang Saka Biru.

Turut hadir ialah barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM dan barisan Ketua Urus Setia KPN serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim.

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 9 people, table and text

May be an image of 15 people and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 6 people, table and text

May be an image of 4 people, table, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text that says 'LIS SNEGARA ENERALOFPOLICE OF POLICE BUESTE TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA DEPUTY EPUTYINSPECTORG INSPEC

ArticlePublished 06 Oct 2025 11.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM