
Artikel
Kpn Zahir Takziah Ziarahi Jenazah Allahyarham Asp Khairulnizam Husin
Allahyarham ASP Khairulnizam, 56, yang bertugas di Cawangan Khas, Bukit Aman meninggal dunia pagi tadi ketika dalam perjalanan ke hospital selepas ditemui tida...
Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hadir menziarahi jenazah Allahyarham ASP Khairulnizam Husin di Masjid Bukit Aman, di sini, petang tadi.
Allahyarham ASP Khairulnizam, 56, yang bertugas di Cawangan Khas, Bukit Aman meninggal dunia pagi tadi ketika dalam perjalanan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di pejabatnya.
Allahyarham telah meninggalkan seorang balu dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang, Tangkak.
Dalam kunjungan itu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menzahirkan ucapan takziah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada ahli keluarga Allahyarham yang hadir.
Turut hadir menziarahi, Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Ibrahim Darus, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid dan pegawai kanan polis.
Semoga roh Allahyarham ASP Khairulnizam dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang