Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dato Sri Hj Khalid Mulakan Tugas Rasmi Sebagai Kpn Hari Ini

Published: 23 Jun 2025 8.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.56 PM
Kuala Lumpur, 23 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail memulakan tugas rasmi sebagai KPN ke-15 hari ini, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-sri-hj-khalid-mulakan-tugas-rasmi-sebagai-kpn-hari-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:57 MYT
Kuala Lumpur, 23 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail memulakan tugas rasmi sebagai KPN ke-15 hari ini, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dengan menaiki kenderaan rasmi dan menerima penghormatan “Guard Turn Out” oleh Cawangan Kem Komandan, sebagai tanda bermulanya era baharu kepimpinan tertinggi Pasukan.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri serta Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali.

Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid kemudian diiringi ke tingkat 31 untuk menandatangani buku melawat sebagai simbolik permulaan tugas. Majlis turut diserikan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim.
Turut hadir ialah barisan Timbalan Pengarah PDRM, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Ketua-ketua Urus Setia KPN serta Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin.

Jurugambar: Koperal Muhamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi dan Cik Siti Marhaini Rizal Afza.

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 3 people, street and text

May be an image of 1 person, rear-view mirror and text that says 'PDP'

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 12 people, the Oval Office, dais and text
ArticlePublished 23 Jun 2025 8.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.56 PM