Article
Dato Sri Abdul Aziz Mulakan Tugas Rasmi Timbalan Kpn Hari Ini
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid memulakan tugas rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) baharu, hari in...
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid memulakan tugas rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) baharu, hari ini.
Beliau tiba di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman kira-kira jam 8.00 pagi dan diberikan “Guard Turn Out” oleh anggota Cawangan Kem Komandan.
Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohamad Mashdik Yahya sebelum diiringi ke pejabat rasminya.
Majlis bacaan doa selamat turut diadakan dan dipimpin oleh Ustaz Abdul Rahman Hj. Morsalin daripada Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard bagi memohon keberkatan serta kelancaran Dato' Sri Abdul Aziz dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab baharu.
Dato’ Sri Abdul Aziz sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Pengurusan dan pelantikan beliau sebagai Timbalan KPN baharu telah berkuat kuasa pada 9 September lalu.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar