Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Razarudin Serah Tugas Pjsjn Kepada Dato Ayob

Diterbitkan: 03 Jan 2022 11.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 3 Januari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain hari ini secara rasminya menyerahkan jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (PJSJN) kepada penyandang baharu, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-razarudin-serah-tugas-pjsjn-kepada-dato-ayob
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:46 MYT
DATO' RAZARUDIN SERAH TUGAS PJSJN KEPADA DATO' AYOB

Kuala Lumpur, 3 Januari 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain hari ini secara rasminya menyerahkan jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (PJSJN) kepada penyandang baharu, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini.

Majlis serah terima tugas itu dimulakan dengan pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) jawatan pengarah yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani sebelum diteruskan dengan menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas jawatan PJSJN di antara Dato’ Razarudin dengan Dato’ Ayob.

Dato' Ayob yang pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor dan Ketua Penolong Pengarah E8, Cawangan Khas, Bukit Aman telah diberi kepercayaan oleh Pucuk Pimpinan PDRM untuk menerajui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sebagai pengarah ke-17 dalam sejarah Pasukan.

Berucap dalam majlis tersebut, KPN menaruh keyakinan kepada Dato’ Ayob untuk mengemudi dan memacu JSJN ke mercu yang lebih cemerlang.

"Melihat kepada track record yang dimiliki, saya percaya, pengetahuan serta pengalaman luas CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, ditambah pula pelbagai kejayaan yang dilakarkan ketika menerajui Polis Kontinjen Johor, akan membantu beliau dalam meneruskan legasi kecemerlangan JSJN", ujarnya.

Turut berlangsung adalah Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JSJN antara penyandangnya, Datin Zainah Othman dengan suri kepada Dato' Ayob iaitu SAC Datin Zaleha Mohd Ariffin.

Terdahulu, KPN turut berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) kepada 50 penerima yang terdiri daripada Pegawai Kanan dan anggota atas sumbangan dan khidmat bakti mereka kepada Pasukan dan negara.

Mendahului senarai penerima P.J.P.N. dalam majlis tadi ialah Ketua Eksekutif Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri, DCP Dr. Nik Azmi Nik Omar dan Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, SAC Tuan Nor Azman Muhammad Yusuf.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Dato' Hj. Abdul Halim Abdul Manan, barisan Pengarah Jabatan serta para Pegawai Kanan PDRM.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 3 people, people standing and text that says 'YOB KHAN BIN M 3 JAI ARI 202 ISNI JI AHMA SHAH ΤΑ PDRM ACRYL SAKSI'


May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 2 people

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people standing and military uniform

May be an image of 7 people, people playing musical instruments, people standing, indoor and text that says 'KELUAR E S'

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and text that says 'DEWAN S PENYERAH'

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and headscarf

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 2 people, people standing and military uniform

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing, military uniform and text that says 'RL 'DRM RM'

ArtikelDiterbitkan 03 Jan 2022 11.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM