Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Nerita Sempurnakan Upacara Penutupan Kursus Asas Pga Dan Psp Pkp Dan Prp Siri 1 2022

Diterbitkan: 01 Apr 2022 10.37 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.37 PM
Ipoh, 1 April 2022 - Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob pagi tadi menyempurnakan Upacara Penutupan Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bagi Pegawai Kanan Polis (PKP) serta Pegawai Rendah Polis (PRP) Siri 1/2022 di Padang Kawad, Briged Utara PGA, Ulu Kinta, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-nerita-sempurnakan-upacara-penutupan-kursus-asas-pga-dan-psp-pkp-dan-prp-siri-1-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:02 MYT
Ipoh, 1 April 2022 - Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob pagi tadi menyempurnakan Upacara Penutupan Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) bagi Pegawai Kanan Polis (PKP) serta Pegawai Rendah Polis (PRP) Siri 1/2022 di Padang Kawad, Briged Utara PGA, Ulu Kinta, di sini.

Kursus Asas PGA yang dilaksanakan secara "hybrid" (bersemuka dan dalam talian) selama lapan minggu telah dihadiri oleh seramai 477 peserta yang terdiri daripada 74 PKP dan 403 PRP dari batalion seluruh Malaysia. Manakala Kursus Asas PSP yang dilaksanakan hampir tiga bulan pula melibatkan 134 peserta terdiri daripada 22 PKP dan 112 PRP dari Unit PSP seluruh Semenanjung Malaysia.

Dalam upacara itu, masing-masing seorang PKP dan PRP dari Batalion 6 PGA berjaya dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Kursus Asas PGA. Mereka ialah Inspektor Nasrullah Rosli dan Lans Koperal Frincley Jummy @ Jusly. Manakala, DSP Mohammad Ali Awang dari Unit 1 PSP Kuala Lumpur berjaya meraih Anugerah Peserta Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Asas PSP.

Turut berlangsung dalam upacara tadi ialah persembahan kawad senyap dan tempur benet oleh para peserta Kursus Asas PGA serta demonstrasi seni mempertahankan diri dan cegah rusuhan daripada peserta Kursus Asas PSP.

Turut hadir, SAC Kepolisan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Rosly Hassan, Komander PSP, SAC Mohd Said Ibrahim dan Komander Briged Utara, SAC Hj. Nordin Hj. Manan.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Rafsamjani Shamsul Bahar dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 2 people and text that says 'A NERITA POLIS'

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 9 people, outdoors and text that says 'POLIS OL OL LIP P OLIS POL POLI POLIS POLIS POLI POLIS PO'

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says 'DEWAN'

May be an image of 2 people

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person, fire and outdoors

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 3 people and people standing

ArtikelDiterbitkan 01 Apr 2022 10.37 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.37 PM