Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dato Mohd Fuad Pengerusi Baharu Masjid Bukit Aman

Published: 03 Mar 2015 7.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 3 Mac – Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Mohd. Fuad Abdul Latif secara rasminya telah dilantik sebagai Pengerusi Baharu Masjid Bukit Aman berkuatkuasa mulai hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-mohd-fuad-pengerusi-baharu-masjid-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:57 MYT
Kuala Lumpur, 3 Mac – Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Mohd. Fuad Abdul Latif secara
rasminya telah dilantik sebagai Pengerusi Baharu Masjid Bukit Aman berkuatkuasa mulai hari ini.
Beliau menggantikan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab yang akan bersara daripada pasukan pada 12 Mac ini.

SDCP Dato’ Shabudin memegang jawatan sebagai Pengerusi Masjid Bukit Aman selama tiga tahun sejak pelantikan beliau pada 14 Februari 2012.

Selama tempoh itu, beliau telah mengimplimentasikan pelbagai usaha mengimarahkan masjid yang melibatkan program keagamaan serta kerjasama dengan Bahagian Agama dan kauseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia.

Kerjasama ini turut dipanjangkan dengan badan-badan bukan kerajaan yang melantik beberapa golongan asnaf bagi mengadakan bazaar Jumaat di perkarangan Masjid Bukit Aman pada setiap Jumaat sehingga Jun tahun ini.

Di bawah pentadbiran beliau juga, Masjid Bukit Aman juga telah melalui beberapa fasa penambaikan bagi memenuhi keselesaan pengguna dan peserta yang mengikuti kursus di sini.

Sementara itu, warga Bukit Aman juga tidak asing dengan penglibatan SAC Dato’ Mohd. Fuad kerana beliau sentiasa membantu dalam kebajikan masjid sebelum ini.

Majlis serah terima tugas pada hari ini telah disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan PDRM serta ahli-ahli jawatankuasa Masjid Bukit Aman.

_MG_6819
SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab menyerahkan tugas Pengerusi Masjid Bukit Aman kepada SAC Dato’ Mohd. Fuad Abdul Latif dan disaksikan oleh CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun.

_MG_6857
Sesi gamar kenangan bersama AJK Masjid Bukit Aman
ArticlePublished 03 Mar 2015 7.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM