Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Hj Hamzah Hj Ahmad 38 Tahun Dedikasi Menabur Bakti

Diterbitkan: 06 Mar 2026 3.53 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 6 Mac 2026 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini khususnya Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) berhimpun menyaksikan Majlis Paluan Berundur, CP Dato’ Hj. Hamzah Hj. Ahmad yang diadakan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-hj-hamzah-hj-ahmad-38-tahun-dedikasi-menabur-bakti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:10 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mac 2026 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini khususnya Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) berhimpun menyaksikan Majlis Paluan Berundur, CP Dato’ Hj. Hamzah Hj. Ahmad yang diadakan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi.

Majlis penuh simbolik itu menjadi saksi noktah gemilang persaraan wajib beliau selepas 38 tahun menabur bakti kepada Pasukan dan negara yang dicintai.

Beliau yang hadir diiringi isteri tercinta, Datin Hjh. Sulastri Fethihana Swanto telah disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid.

Menyingkap kembali sejarah perkhidmatan beliau dalam Pasukan, Dato’ Hj. Hamzah memulakan kerjayanya sebagai Inspektor Percubaan pada tahun 1988 di PULAPOL Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah diberikan kepercayaan untuk menjawat pelbagai jawatan penting antaranya sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Komander Eastern Sabah Security Command dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sebelum diberi mandat menerajui kontinjen Pulau Pinang pada tahun 2024.

Bapa kepada empat orang anak itu terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila diberi kepercayaan untuk menerajui JIPS pada 25 Jun 2025.

Kecemerlangan kepimpinan beliau terserlah pada tahun 2024 apabila kadar jenayah di Pulau Pinang berjaya diturunkan dengan ketara sehingga mendapat pengiktirafan pihak luar apabila data keselamatan global Numbeo meletakkan negeri tersebut antara lokasi paling selamat di Malaysia, selari dengan peningkatan signifikan dalam operasi membanteras jenayah dadah.

Dalam majlis yang berlangsung kira-kira satu jam itu, Dato’ Hj. Hamzah turut diberi penghormatan untuk menjadi "guest conductor" memimpin Pancaragam Pusat PDRM yang diketuai oleh Ketua Pengarah Muzik PDRM, Superintenden Mohd Fazilah Mohamad Noor bersama timbalannya, DSP Mesmoro Edward dengan membawakan lagu "Keluhan Perantau".

Majlis seterusnya diakhiri dengan deklamasi sajak bertajuk "Integriti Warisan Terakhir" yang disampaikan dengan penuh penghayatan oleh ASP Siti Farah Harlina Mohd Redzuan dari JIPS, Bukit Aman.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut ialah barisan Pengarah PDRM, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, SAC Datuk Mohd Nor Yhazid Idris, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose bersama timbalannya, Puan Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin, ahli-ahli PERKEP serta rakan-rakan media.

Bagi pihak seluruh warga PDRM, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan atas segala jasa serta bakti yang telah dicurahkan oleh Dato’ Hj. Hamzah kepada Pasukan. Semoga Dato' Hj. Hamzah menjalani tempoh persaraan dengan penuh kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

May be an image of one or more people and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2026 3.53 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM