Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cp Dato Aida Ikon Baharu Kepimpinan Wanita Dalam Pdrm

Diterbitkan: 06 Mar 2026 8.46 AM Dikemas kini: 23 Sep 2026 12.23 PM
Beliau menggantikan CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad yang bakal menjalani persaraan wajib pada 7 Mac 2026. Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah JIPS di antara Dato’ Hamzah dengan Dato’ Aida yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman telah berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cp-dato-aida-ikon-baharu-kepimpinan-wanita-dalam-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:05 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mac 2026 – CP Dato’ Aida Abdul Hamid secara rasmi melakar sejarah sebagai ikon baharu kepimpinan wanita dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dilantik menerajui Jabatan Integriti dan Standard Pematuhan (JIPS). Pelantikan ini sekali gus menyaksikan beliau menjadi wanita kedua yang diamanahkan untuk memegang jawatan Pengarah JIPS di peringkat Bukit Aman.

Beliau menggantikan CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad yang bakal menjalani persaraan wajib pada 7 Mac 2026. Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah JIPS di antara Dato’ Hamzah dengan Dato’ Aida yang sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti) Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman telah berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Tertib majlis dimulakan dengan acara pemakaian lencana pangkat Komisioner Polis (CP) yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail kepada Dato’ Aida di hadapan para tetamu yang hadir.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi menandatangani serta penyerahan dokumen serah terima tugas, disusuli dengan penyerahan tongkat kuasa di antara Dato’ Hamzah dengan Dato’ Aida. Kedua-dua acara tersebut disaksikan oleh Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid.
Dato’ Aida diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PDRM selepas dilantik sebagai pengarah wanita kelima dalam Pasukan untuk menerajui JIPS, selaras dengan arahan pertukaran Pegawai Kanan Polis yang diumumkan semalam.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Sains Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam Pasukan. Dato’ Aida mempunyai pengalaman luas dalam bidang risikan keselamatan di Cawangan Khas, Bukit Aman di samping turut berpengalaman dalam aspek pentadbiran antaranya Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields.

Berucap dalam majlis yang diadakan, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid berharap Dato’ Aida dapat memberikan impak yang efisien dalam meneruskan legasi kepimpinan yang ditinggalkan oleh Dato’ Hamzah serta memperkasakan lagi keupayaan JIPS. Beliau juga menzahirkan keyakinan bahawa Dato’ Aida mampu menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) JIPS dengan sebaiknya demi kemaslahatan persatuan.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga atas pencapaian Dato’ Hamzah yang merupakan alumni UPM dalam memastikan JIPS terus berperanan sebagai tonggak integriti PDRM, khususnya kejayaan bersejarah Pasukan meraih Anugerah Perak menerusi penyertaan kali pertama dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 pada 22 Oktober tahun lalu.

Bagi mengenang jasa dan pengorbanan Dato’ Hamzah dalam Pasukan, Majlis Paluan Berundur ke atas beliau akan diadakan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada petang ini dan disiarkan secara langsung menerusi Facebook Rasmi PDRM.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung acara serah terima tugas jawatan Pengerusi PERKEP JIPS di antara Datin Hjh. Sulastri Fethihana Swanto dengan Dato’ Aida Abdul Hamid yang disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM, para pegawai kanan serta ahli-ahli PERKEP.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of dais and text that says 'Majls ලි PENGARAH JABA YDN CP 中路 th Terima Tugas TEGR DAN P ITUHAN STANDARI ANMAD. 明參咖 YDHCI CI Y

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎a ERKEP JABATAN IG. DATIN HИH. S TEGRATI ΓΤΙ DAN TRI HANA c~ ATUHAN ST 지 SWANTO YDH YDNCPD CP H

May be an image of dais and text that says 'E H Maylas Berah Terima Tugas PENGARAH JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD YDN CP DATO' . HAMZAH BIN

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text that says 'PULAPOL PDRM PULAPOL KL PAPOK PDRM PULAFOL PDRM PULAPOL KL PULAPOL KL PUL/ PRLAPOL PDRM PULAFEL PDRM PULAPOL KL

May be an image of text

May be an image of dais and text that says 'JABATAN INTEGRITI DAN PEM CP TO' . NAMZAN BIN I KEPADA D'AIS yΤι ABDO PHALID കകട oT SAKSI

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎UIIR U1 DIRAJA MATAYSIA PEMAKAIAN LENCANA PANGK AES ה 6OI2 PENYERAH PENY ERAE رول 臨 SAE ΜΑ‎

May be an image of ‎dais and ‎text that says '‎تا Majlis ج ah Terima Tugas PENGARAH JAB ITEGR DAN NPE PEI STANDAR YDNC C HMAD Bus YOHL PENYERAH ER

May be an image of dais and text that says 'pr KHALID A YONISDATO'SNI I8 DATO' SRI PULAPOL'

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text


ArtikelDiterbitkan 06 Mar 2026 8.46 AMDikemas kini 23 Sep 2026 12.23 PM