Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Christopher Tutup Kursus K9

Diterbitkan: 09 Jun 2014 2.27 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Kuala Lumpur - 20 Ogos 2007 - YDH CP Dato' Christoper Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah merasmikan Penutupan Kursus Asas K-9 Siri 1/2007 di Unit K9 PDRM, Pusat Latihan Polis Kuala ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-christopher-tutup-kursus-k9
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:42 MYT

Kuala Lumpur -  20 Ogos 2007 - YDH CP Dato' Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah merasmikan Penutupan Kursus Asas K-9 Siri 1/2007 di Unit K9 PDRM, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

 

Seramai 30 oarang peserta kursus bersama anjing-anjing mereka telah tamat kursus selama 3 bulan yang bermula pada 14 Mei 2007. Mereka terdiri dari enam orang pemegang anjing Unit K9 Pulapol Kuala Lumpur dan 24 pemegang anjing daripada 18 seksyen K9 seluruh Negara.

 

Kursus Asas K-9 Siri 1/2007 ini telah diadakan berikutan perolehan sebanyak 27 ekor anjing jenis German Shepherd dan 3 ekor anjing jenis Labrador dari Negara China pada bulan Mei 2007. Anjing-anjing tersebut perlu dilatih dengan arahan yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya selama 3 bulan.

 

Kesemua anjing tersebut telah dilatih oleh jurulatih-jurulatih K-9 PDRM di Pulapol Kuala Lumpur. Anjing-anjing yang tamat latihan itu telah bersedia sepenuhnya untuk menjalani tugasan seperti mengesan penjenayah dan mengesan dadah. Apa yang lebih membanggakan, 30 orang pemegang-pemegang anjing dan anjing mereka akan menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan ke 50 Tahun di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2007.

 

Hadir sama pada majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), SAC II Amar Singh Ishar Singh, Komandan Pulapol Kuala Lumpur, ACP Dev Kumar M.M Sree, Ketua Penolong Pengarah D6 dan DSP Vignesvaran Velautham, Ketua Unit K9 Pulapol Kuala Lumpur.

Dato Christopher Tutup Kursus K9
YDH CP Dato' Christopher Wan Soo Kee, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama dengan YDH DCP Dato' Acryl Sani Abdullah Sani, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), SAC II Amar Singh Ishar Singh, Komandan Pulapol Kuala Lumpur, ACP Dev Kumar M.M Sree, Ketua Penolong Pengarah D6 dan DSP Vignesvaran Velautham, Ketua Unit K9 Pulapol Kuala Lumpur, bergambar kenangan bersama peserta-peserta Kursus Asas K-9 Siri 1/2007 di Unit K9 PDRM, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

Dato Christopher Tutup Kursus K9
Antara aksi demontrasi yang ditunjukkan pada acara penutup Kursus Asas K-9 Siri 1/2007 di Unit K9 PDRM, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 2.27 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM