Dalang Sindiket Eadar Ganja Diberkas
PARIT 30 April 2010 - Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang kepada sindiket pengedaran ganja di Seberang Perak dalam satu operasi bersepadu dan pencegahan jenayah di sini awal pagi ini.
Dalam operasi pukul 6.30 pagi di sebuah rumah itu, polis menemui 79 paket lutsinar, dua ketul ganja mampat dan cebisan daun kering disyaki ganja seberat 420 gram bernilai RM3,000.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, operasi yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah hasil maklumat orang awam itu, polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia lingkungan 40-an bersama kesemua dadah tersebut.
Katanya, ganja berkenaan dipercayai dijual kepada penagih dadah dengan harga RM20 sebungkus.
"Siasatan polis percaya lelaki itu dipercayai dalang kepada sindiket pengedaran ganja di kawasan berkenaan manakala dadah itu dipercayai diperolehi dari negara jiran," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini