Sekumpulan penjenayah yang disyaki mendalangi kegiatan samun bersenjata di Selangor sejak dua tahun lalu, ditahan polis dalam serbuan di apartmen Putra Perdana, Puchong, Selasa lalu.
Semua suspek itu termasuk seorang wanita, ditahan dalam operasi khas oleh pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas barangan seperti telefon bimbit, komputer riba, kamera, jam tangan berjenama, barangan kemas merangkumi rantai, cincin, loket, gelang serta beg tangan wanita.
Semua suspek direman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Dalang Samun Bersenjata Kena Tangkap
Sekumpulan penjenayah yang disyaki mendalangi kegiatan samun bersenjata di Selangor sejak dua tahun lalu, ditahan polis dalam serbuan di apartmen Putra Perdana, Puchong, Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dalang-samun-bersenjata-kena-tangkap
Scan to view the latest live version.