Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dalang Menaja Mat Rempit Bakal

Published: 05 Aug 2015 3.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Terengganu menyiasat maklumat risikan dan akan memburu kewujudan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menaja golongan remaja bermotosikal berlumba haram dengan memberikan pelbagai ganjaran kepada para pemenang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dalang-menaja-mat-rempit-bakal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:50 MYT

Polis Terengganu menyiasat maklumat risikan dan akan memburu kewujudan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menaja golongan remaja bermotosikal berlumba haram dengan memberikan pelbagai ganjaran kepada para pemenang.

Ketua Polis Terengganu, Dato' Rosli Abd Rahman berkata, pihak polis percaya wujudnya pihak penaja ini dan cadangan agar membanteras golongan Mat Rempit dengan mempergiatkan lagi program pendidikan keselamatan jalan raya kepada para remaja dan belia di negeri itu akan dilaksanakan sepenuhnya.

Pihak polis sedang dalam usaha mendapatkan aset khas berupa kamera beresolusi tinggi dari kerajaan negeri untuk mengesan dan merekodkan nombor pendaftaran motosikal dan wajah penunggang yang membawa kenderaan tersebut secara haram dan berbahaya.

Sumber: Harian Metro

Dalang Menaja Mat Rempit Bakal
ArticlePublished 05 Aug 2015 3.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM