Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai ahli kumpulan Geng Dobi yang aktif memecah mesin tukaran wang kedai dobi automatik dalam satu serbuan di sebuah rumah di Tampoi, di sini Sabtu lalu.
Dalam serbuan berkenaan polis turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai digunakan suspek termasuk dua buah motosikal.
Ksemua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.