Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dalang Geng Curi Kereta Tumpas Di Tangan Polis

Published: 05 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt. Nor Omar Sappi berkata, penahanan ketua kumpulan tersebut telah membawa kepada penemuan 11 buah kereta curi pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM250,000.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dalang-geng-curi-kereta-tumpas-di-tangan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:41 MYT

Geng curi kereta yang lebih dikenali dengan panggilan "Geng Puru Bukit Kuda" akhirnya kecundang setelah ketuanya diberkas oleh pihak polis Selangor di Taman Berkeley, Klang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt. Nor Omar Sappi berkata, penahanan ketua kumpulan tersebut telah membawa kepada penemuan 11 buah kereta curi pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM250,000.

Pihak polis turut menemui pelbagai peralatan curi kenderaan seperti allen key, kikir dan beberapa anak kunci yang telah diubahsuai dalam kenderaan suspek.

Polis kini sedang memburu saki baki geng tersebut yang masih bebas bagi membawa kesemua mereka ke muka pengadilan bagi mendapatkan hukuman yang setimpalnya.

Sumber: Kosmo
Dalang Geng Curi Kereta Tumpas Di Tangan Polis

ArticlePublished 05 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM