Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Suami Isteri Ditahan Di R R Gurun

Published: 21 Apr 2017 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Alor Setar, 21 April 2017 – Sepasang suami isteri ditahan bersama dadah heroin seberat 2.26 kilogram bernilai RM50,000 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-suami-isteri-ditahan-di-r-r-gurun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:37 MYT

Alor Setar, 21 April 2017 – Sepasang suami isteri ditahan bersama dadah heroin seberat 2.26 kilogram bernilai RM50,000 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Supt Helmi Aris berkata, suspek lelaki berusia 29, yang bekerja sebagai buruh,  dan isterinya berusia 38 tahun itu ditahan  ketika sepasukan anggotanya membuat operasi di R&R tersebut kira-kira 4.20 petang.

"Kedua-dua suspek  baru keluar daripada kereta Proton Iswara mereka di tepi jalan kawasan parkir lori di hentian R&R tersebut. 

"Semasa pemeriksaan kenderaan, polis menjumpai satu beg plastik mengandungi lima bungkusan plastik lutsinar disyaki ketulan dadah yang dibungkus dengan surat khabar," katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Menurutnya, bekalan dadah itu dipercayai untuk diedarkan di kawasan Gurun dan Sungai Petani.

Katanya, pasangan suami isteri itu akan direman untuk siasatan lanjut  di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

ArticlePublished 21 Apr 2017 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM