Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas

Diterbitkan: 18 Jun 2014 3.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.37 PM
Bukit Aman, 28 Okt - Rentetan usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras sindiket pengedaran dadah di dalam negara, tiga sindiket pengedar..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-senjata-api-antara-yang-dirampas-20140618
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:49 MYT

Bukit Aman, 28 Okt - Rentetan usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras sindiket pengedaran dadah di dalam negara, tiga sindiket pengedaran dadah telah berjaya dipatahkan baru-baru ini.

Kejayaan JSJN kali ini menyaksikan dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki warganegara Vietnam telah ditangkap dalam tiga serbuan berasingan.

Jumlah rampasan turut melibatkan sejumlah 6.59 kilogram syabu, 1 unit pistol model Cal 30 Mauser Norinco, 1 unit pistol model Smith & Wesson,12 butir peluru, wang tunai berjumlah RM263,841, USD200, Dong Vietnam 204,200, Rupee India 1,650 dan pelbagai barangan kemas dan jam-jam mewah.

Kesemua suspek berusia lingkungan 25 hingga 31 tahun kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas
Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas
Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas
Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas
Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas
Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas
Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas

Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi PDRM

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 3.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.37 PM