Dadah Senjata Api Antara Yang Dirampas 20140618
Bukit
Aman, 28 Okt - Rentetan usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras sindiket
pengedaran dadah di dalam negara, tiga sindiket pengedaran dadah telah
berjaya dipatahkan baru-baru ini.
Kejayaan
JSJN kali ini menyaksikan dua lelaki dan seorang wanita tempatan serta
seorang lelaki warganegara Vietnam telah ditangkap dalam tiga serbuan
berasingan.
Jumlah
rampasan turut melibatkan sejumlah 6.59 kilogram syabu, 1 unit pistol
model Cal 30 Mauser Norinco, 1 unit pistol model Smith & Wesson,12
butir peluru, wang tunai berjumlah RM263,841, USD200, Dong Vietnam
204,200, Rupee India 1,650 dan pelbagai barangan kemas dan jam-jam
mewah.
Kesemua
suspek berusia lingkungan 25 hingga 31 tahun kini ditahan untuk siasatan
di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan
kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.







Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi PDRM