Artikel
Dadah Rm4 6 Juta Kingpin Dadah Antarabangsa Tewas
Kuala Lumpur, 14 Mei - Pasukan Special Tactical Intelligence Narkotic Group (STING) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontin...
Kuala
Lumpur, 14 Mei – Pasukan Special Tactical Intelligence Narkotic Group
(STING) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
(JSJN) Kontinjen Selangor terus merakamkan kejayaan apabila berjaya
menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah antarabangsa berjumlah RM 4.6
juta dalam empat serbuan berasingan kelmarin.
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, CP Datuk Noor Rashid Ibrahim dalam sidang media yang berlangsung di Dewan Theaterette, Bukit Aman pagi tadi berkata tidak sampai tempoh 24 jam, pihaknya turut berjaya memberkas seorang suspek utama 'kingpin' yang dikehendaki pihak polis yang menjadi dalang dalam sindiket pengedaran dadah di sebuah pusat membeli belah di ibu kota.
Dalam serbuan yang dijalankan, cubaan tiga ahli sindiket warga asing mengaburi pihak polis dengan menyembunyikan dadah di tempat duduk belakang kereta gagal apabila polis menemui empat bungkusan dadah seberat dua kilogram(kg) di Ampang.
''Pada hari yang sama, sebuah pangsapuri di Bukit Jalil turut diserbu membawa kepada penahanan pasangan lelaki dan wanita serta merampas lima bungkusan plastik dadah jenis Syabu seberat 9.4kg dan 14 gram ganja yang cuba disembunyikan di dalam kotak perakam video, pembungkus makanan dan beg galas di tiga unit pangsapuri berkenaan'' katanya lagi.
Sementara itu, di kawasan berasingan, lapan bungkusan dadah jenis Syabu seberat 11.5kg di dalam sebuah beg galas yang berkunci di bawah pokok kelapa sawit ditemui oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih yang menjalankan tugas Ops Nyah 1 di sebuah ladang kelapa sawit Sabak Bernam.
Kesemua enam suspek yang ditahan merupakan warga asing yang berusia 20 hingga 46 tahun ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

CP Datuk Noor Rashid Ibrahim,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM mengendalikan sidang media.

CP Datuk Noor Rashid Ibrahim,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

Antara dadah yang dirampas.