Dadah Rm3 5 Juta Dirampas
Kuala
Lumpur - 13 Mac 2010. Seorang warga Iran dan seorang wanita warga
China ditahan kerana memiliki kira-kira 12 kilogram (kg) dadah jenis
syabu bernilai RM3.5 juta dalam serbuan berasingan di ibu kota, pada
Selasa dan Rabu lalu.
Dalam
serbuan pertama pukul 4.40 petang, seorang lelaki warga Iran berusia 57
tahun ditahan bersama sebuah beg pakaian di tepi jalan di kawasan
Pantai Hill Park, Brickfields hasil maklumat risikan. Hasil pemeriksaan
oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman
dan Kuala Lumpur itu menemui lima plastik lutsinar serbuk dan ketulan
syabu seberat 10 kilogram.
Ketua
Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman berkata, susulan
penahan itu, pihak polis berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 27
tahun di sebuah hotel mewah di Petaling Jaya.
Suspek
mendakwa mereka merupakan peniaga barangan elektrik. namun siasatan
mendapati mereka adalah 'kurier' pembawa dadah. Pihak Polis turut
merampas wang tunai sebanyak RM1,300 dan 378,000 Riyal Iran (RM126).
Siasatan juga mendapati kesemua dadah tersebut dibawa masuk dari Dubai dan kedua-dua mereka telah datang ke negara ini sebanyak enam hingga sembilan kali sejak tahun 2007.
Sementara itu, dalam satu
lagi serbuan pada pukul 10.30 malam, Polis berjaya menahan pasangan
kekasih, dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah. Kedua-dua suspek
yang merupakan warga China dan Iran, berusia 34 dan 42 tahun itu ditahan
Polis di rumah mereka di Villa Condo, Cheras.
Hasil
pemeriksaan , Polis menemui dua bungkus dan lima peket kecil plastik
lutsinar berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 1.9
kilogram. Siasatan awal mendapati lelaki Iran itu tidak mempunyai
pekerjaan dan wanita China itu merupakan seorang pelajar di sebuah kolej
swasta.
Pihak Polis turut merampas wang tunai, alat penimbang, kereta, du telefon bimbit dan beberapa barang kemas.