Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Rm 2 1 Juta Dirampas

Published: 12 Aug 2014 9.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
YDH Pengarah JSJN, CP Datuk Noor Rashid Ibrahim dadah menyatakan bahawa dadah yang bernilai RM2.1 Juta itu dirampas hasil serbuan oleh pihak polis di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-rm-2-1-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:08 MYT
Kuala Lumpur, 12 Ogos – Usaha Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama Special Tactical Intelligence Nartotics Group (STING) membanteras aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah terus membuahkan hasil apabila berjaya menahan tujuh individu termasuk ketua sindiket dan merampas dadah yang bernilai RM2.1 Juta pada awal Ogos ini.

YDH Pengarah JSJN, CP Datuk Noor Rashid Ibrahim dadah menyatakan bahawa dadah yang bernilai RM2.1 Juta itu dirampas hasil serbuan oleh pihak polis di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

“Kesemua suspek yang ditahan, tiga daripada mereka adalah warga asing dan mereka berusia di antara 21 tahun hingga 39 tahun.

“Tangkapan pertama dijalankan terhadap dua lelaki di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada Khamis lalu, kita (polis) menemui empat bungkus dadah jenis Heroin seberat 6.3 kilogram (kg) yang dilekatkan di kedua-dua betis suspek minggu lalu, katanya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di Dewan Theaterette Bukit Aman pagi tadi.

Menurut beliau pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai ketua sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah di sekitar Selangor.

Kejayaan terus dilakar apabila berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita di tempat letak kereta di Hutan Lipur Rimba, Ampang Selangor dan merampas 10 bungkusan plastik yang berisi 9120 biji pil Ekstasi dan tiga bungkusan berisi pil Eramin masing-masing mempunyai berat 2.7 kg dan 2.3 kg.

“Susulan daripada penahanan empat orang suspek membawa kita (polis) ke sebuah rumah di Bukit Damansara Kuala Lumpur dan menemui hampir 9400 biji pil Ekstasi dan dua kg Syabu di dalam plastik pembungkus kopi segera,” jelas beliau lagi.

Kesemua suspek yang ditahan direman selama tujuh hari untuk disiasat dibawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952).

Beliau mengucapkan tahniah serta memuji kecekapan JSJN KLIA dalam mengendalikan kes penyeludupan dadah di pintu masuk negara melalui jalan udara serta menegaskan bahawa pihaknya akan terus mematahkan sindiket tersebut walaupun pelbagai modus operandi yang digunakan.

Dadah Rm 2 1 Juta Dirampas
Dadah Rm 2 1 Juta Dirampas
Pengarah JSJN, CP Datuk Noor Rashid Ibrahim mngendalikan sidang media.

Dadah Rm 2 1 Juta Dirampas
Dadah Rm 2 1 Juta Dirampas
Dadah Rm 2 1 Juta Dirampas
Dadah Rm 2 1 Juta Dirampas
Antara dadah yang dirampas.
ArticlePublished 12 Aug 2014 9.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM