Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Pistol Antara Yang Dirampas

Published: 19 Jun 2014 3.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepucuk pistol model P99 Walther antara yang dirampas dalam satu serbuan sindiket dadah di sebuah rumah di Batu Caves , Selangor oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BS..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-pistol-antara-yang-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:08 MYT
Kuala Lumpur, 1 Mac – Sepucuk pistol model P99 Walther antara yang dirampas dalam satu serbuan sindiket dadah di sebuah rumah di Batu Caves , Selangor oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) IPD Gombak pada 18 Mac lalu.

Pihak polis juga turut menahan empat lelaki serta merampas satu kelopak bersama dua butir peluru dan dadah disyaki syabu seberat 107 gram yang dijumpai di atas lantai rumah tersebut.

Semakan juga mendapati dua daripada empat suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM16,050.

Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
ArticlePublished 19 Jun 2014 3.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM