Seorang lelaki berusia 39 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dicekup ketika menginap di sebuah rumah tamu bersama seorang rakan di Lorong Sri Kuantan, Kuantan, kelmarin.
Susulan penahanan suspek itu, polis menemui dan merampas sebuah beg hitam dan di dalamnya terdapat satu bekas gula-gula berisi tujuh peket plastik lutsinar mengandungi ketulan jernih dipercayai dadah jenis syabu.
Turut ditemui dalam beg itu satu peket plastik lutsinar mengandungi biji pil berwarna hijau dan dua plastik berwarna kuning berisi bahan juga disyaki dadah.
Polis turut merampas alat penimbang digital dan wang tunai RM1,081 dipercayai hasil penjualan dadah.
Sumber : Sinar Harian
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Dadah Pengedar Rakan Diberkas
Seorang lelaki berusia 39 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah dicekup ketika menginap di sebuah rumah tamu bersama seorang rakan di Lorong Sri Kuantan, Kuantan, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-pengedar-rakan-diberkas
Scan to view the latest live version.