Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Lagi 4 Warga Asing Ditahan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 8.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kejayaan terbaru Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM ini telah mematahkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk menyeludup keluar dadah ke luar negara setelah serbuan serta tan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-lagi-4-warga-asing-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:29 MYT
Bukit Aman, 6 Nov – Empat orang warga asing, masing-masing 2 lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warganegara Benin telah ditangkap dengan rampasan dadah berjumlah 40.5kg syabu dan 275,314 biji (91.3kg) pil ekstasi dalam dua tangkapan berasingan awal bulan ini.

Kejayaan terbaru Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM ini telah mematahkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk menyeludup keluar dadah ke luar negara setelah serbuan serta tangkapan dijalankan di Sekinchan dan Sabak Bernam.

Pihak polis telah menjumpai sebanyak 95 bungkusan kertas timah di dalam lima buah bekas plastik yang mana 60 bungkusan berisi pil ekstasi seberat 91.3kg (275,314 biji) dan 35 bungkusan dadah syabu seberat 36.5kg. 

Tangkapan kedua pula menyaksikan seorang lelaki warganegara Benin telah ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA bersama 4kg syabu yang disorokkan dalam dua biji buah labu yang dibungkus dengan sehelai kain.

Nilai harga pasaran dadah yang dirampas dianggarkan lebih kurang RM18.5 juta.

Kesemua suspek berusia 21 hingga 38 tahun telah ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.

Dadah Lagi 4 Warga Asing Ditahan
YDH CP CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman mengendalikan sidang media.

Dadah Lagi 4 Warga Asing Ditahan
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman menunjukkan dadah yang disorok didalam labu.

Dadah Lagi 4 Warga Asing Ditahan
Dadah Lagi 4 Warga Asing Ditahan
Antara dadah yang berjaya dirampas.
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 8.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM