Dadah Lagi 4 Warga Asing Ditahan 20140618
Bukit
Aman, 6 Nov – Empat orang warga asing, masing-masing 2 lelaki dan
seorang wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warganegara Benin
telah ditangkap dengan rampasan dadah berjumlah 40.5kg syabu dan 275,314
biji (91.3kg) pil ekstasi dalam dua tangkapan berasingan awal bulan
ini.
Kejayaan
terbaru Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM ini telah
mematahkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk
menyeludup keluar dadah ke luar negara setelah serbuan serta tangkapan
dijalankan di Sekinchan dan Sabak Bernam.
Pihak
polis telah menjumpai sebanyak 95 bungkusan kertas timah di dalam lima
buah bekas plastik yang mana 60 bungkusan berisi pil ekstasi seberat
91.3kg (275,314 biji) dan 35 bungkusan dadah syabu seberat 36.5kg.
Tangkapan
kedua pula menyaksikan seorang lelaki warganegara Benin telah ditahan
di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA bersama 4kg syabu yang disorokkan
dalam dua biji buah labu yang dibungkus dengan sehelai kain.
Nilai harga pasaran dadah yang dirampas dianggarkan lebih kurang RM18.5 juta.
Kesemua
suspek berusia 21 hingga 38 tahun telah ditahan reman untuk siasatan di
bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman
mandatori jika disabitkan dengan kesalahan.



Sumber : Unit Portal Dan Facebook Rasmi PDRM