Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Bernilai Rm19 Ribu Dirampas Di Kuala Terengganu

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 7 April - Dadah bernilai RM19,000 dirampas di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud di sini Rabu lalu...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-bernilai-rm19-ribu-dirampas-di-kuala-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:36 MYT

Kuala Terengganu, 7 April - Dadah bernilai RM19,000 dirampas di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud di sini Rabu lalu.

Dadah disyaki heroin seberat 48 gram dan 788 pil kuda seberat 78 gram.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Negeri, Supt Md Tahir Kassim berkata seorang suspek berumur 46 tahun turut ditahan.

Beliau berkata kegiatan pengedaran dadah itu dipercayai baru bertapak di kawasan tersebut.

Dipercayai bekalan dadah itu diperoleh dari negara jiran untuk diedarkan di sekitar Kuala Terengganu, katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, 11 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 di Pulau Perhentian dan pihak polis merampas 254 biji pil kuda serta dua botol dadah yang disyaki heroin.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM