Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Bernilai Rm143 000 Disorok Dalam Bonet Kereta

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek berusia 34 dan 39 tahun itu berasal dari Banting, Selangor dan didapati positif dadah jenis morfin. Hasil semakan juga mendapati suspek yang berusia 39 t..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-bernilai-rm143-000-disorok-dalam-bonet-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:15 MYT

KUANTAN, 26 Feb - Polis menahan dua buruh ladang dipercayai pengedar dadah dan merampas lima kilogram dadah jenis heroin dianggarkan bernilai RM143,000 daripada mereka dalam satu serbuan di Bandar Tun Razak, Jengka petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, DSP Zaini Talib berkata dadah tersebut ditemui tersimpan
dalam bonet kereta yang dinaiki kedua-dua buruh itu.

Beliau berkata hasil maklumat orang awam sepasukan polis cuba menahan sebuah kereta di Lintasan Semarak.

"Menyedari kehadiran polis, pemandu berkenaan telah memecut kereta dalam cubaan melarikan diri namun gagal apabila keretanya merempuh sebatang pokok dan kedua-dua lelaki itu berjaya diberkas pada 3.15 petang.

"Polis juga terpaksa memecahkan cermin tingkap di bahagian pemandu apabila kedua-dua suspek enggan bekerjasama sebelum berlaku pergelutan," kata beliau.

Siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek berusia 34 dan 39 tahun itu berasal dari Banting, Selangor dan didapati positif dadah jenis morfin. Hasil semakan juga mendapati suspek yang berusia 39 tahun itu dikehendaki polis serta memiliki dua rekod jenayah lampau.

"Polis percaya suspek aktif mengedar dadah di daerah Maran, Kuantan dan Temerloh sejak dua bulan lalu yang dibawa masuk dari Lembah Klang.

"Kita juga percaya tangkapan ini ada kaitan dengan tangkapan sebelum ini melibatkan 24 kes pada Januari lepas dan berkemungkinan ada sindiket yang lebih besar," tambah beliau lagi.

Suspek kini direman seminggu sejak semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM