Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Bernilai Rm1 4 Juta Dirampas Di Kuching

Published: 24 Mar 2016 9.14 AM Updated: 15 Aug 2026 7.30 PM
Kuching, 24 Mac 2016 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Daerah Kuching merampas dadah bernilai kira-kira RM1.4 juta semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-bernilai-rm1-4-juta-dirampas-di-kuching
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:44 MYT
Kuching, 24 Mac 2016 - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Daerah Kuching merampas dadah bernilai kira-kira RM1.4 juta semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aziz Yussof berkata serbuan dilakukan di sebuah rumah di kawasan perumahan di Jalan Lapangan Terbang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan, polis berjaya merampas pil ekstasi sebanyak 18,806 biji seberat 5.284 kilogram dan ketulan syabu seberat 1.028 kilogram yang dianggar bernilai RM1.420 juta.

"Ia merupakan rampasan terbesar pernah dibuat di Sarawak sejak dua tahun lalu," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata pihak polis turut menangkap seorang lelaki dan seorang wanita  yang masing-masing berusia 46 dan 25 tahun.

Kedua-dua suspek kini direman tujuh tujuh hari.

Aziz berkata suspek lelaki mempunyai lima kes lampau sejak tahun 2010 berkaitan penyalahgunaan dadah dan pernah dipenjara enam bulan dan ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Jenayah.

“Hubungan suspek merupakan rakannya dan dadah berkenaan dipercayai dihantar
melalui bungkusan dari Semenanjung untuk edaran di pasaran tempatan,” katanya 
Beliau berkata turut disita ialah tiga buah kereta model Harrier, KKIA dan  Mercedes Benz, barang kemas dan jam tangan jenama Rolex dianggarkan bernilai RM235,000.
- BERNAMA
ArticlePublished 24 Mar 2016 9.14 AMUpdated 15 Aug 2026 7.30 PM