D Aman Menangi Kategori Aikdn Sempena Hari Inovasi Kdn
Oleh : Kpl Edwind Indo
Putrajaya, 5 Dis – Projek Sistem pencegahan dan pemantauan tingkah laku pelajar (SPPTP) yang diketengahkan oleh kumpulan D’Aman dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan kategori Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri (AIKDN) sempena Sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya, pagi tadi.
Sebanyak 33 buah kumpulan yang terdiri di bawah KDN menyertai pertandingan yang dianjurkan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) merebut piala pusingan Piala Menteri Dalam Negeri.
“Tema Kreativiti Mencetus Inovasi adalah bertepatan dengan hasrat membudayakan warga KDN agar ianya mampu untuk mengangkat martabat dan keupayaan kementerian,” ujar Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan perasmian beliau.
Selain itu, PDRM turut johan dalam pertandingan dalam kategori Pameran Inovasi dan Anugerah Pengarah Intan (Kategori Kementerian) sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Ke-31 Peringkat Kebangsaan Tahun 2014.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YB Dato’ Sri Mohamad Khalid Haji Shariff, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Peserta Konvensyen KIK/Inovasi KDN dan rakan media.
Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi gerai pameran Polis Diraja Malaysia
Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi gerai pameran Polis Diraja Malaysia
Bergambar kenangan bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad
Bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim
Bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim
Bergambar bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Bergambar bersama Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Bergambar kenangan di hadapan gerai pameran
Antara yang hadir
Antara yang hadir
Antara yang hadir
Antara yang hadir
Antara yang hadir
Antara yang hadir
Antara yang hadir
Ucapan perasmian Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Pelancaran Mobile RELA dan Sistem Aplikasi My AADK
Pelancaran Mobile RELA dan Sistem Aplikasi My AADK
Tarian persembahan daripada Jabatan Penjara Malaysia
Sekitar penyampaian sijil penghargaan Panel Penilai
Sekitar penyampaian sijil penghargaan Panel Penilai
Sekitar Penyampaian Sijil Penyertaan
Sekitar Penyampaian Sijil Penyertaan
Sekitar Penyampaian Sijil Penyertaan
Sekitar Penyampaian Sijil Penyertaan
Sekitar Penyampaian Sijil Penyertaan
Sekitar Penyampaian Sijil Penyertaan dan hadiah pemenang
Sekitar Penyampaian Sijil Penyertaan dan hadiah pemenang
Sekitar Penyampaian Sijil Penyertaan dan hadiah pemenang
Kumpulan D’Aman dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan kategori Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri (AIKDN) sempena Sambutan Hari Inovasi peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Kontinjen Briged Utara, Pasukan Gerakan Am telah memenangi Anugerah Pengarah Intan (Kategori Kementerian) sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Ke-31 Peringkat Kebangsaan Tahun 2014
Johan pertandingan dalam kategori Pameran Inovasi dan kategori Anugerah Inovasi Kementerian Dalam Negeri (AIKDN) bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara
Kontinjen Briged Utara, Pasukan Gerakan Am telah memenangi Anugerah Pengarah Intan (Kategori Kementerian) sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Ke-31 Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara