Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cydes 2023 Timbalan Kpn Hadir Meriahkah Majlis Perasmian Cydes Di Mitec

Published: 10 Jul 2023 12.55 PM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
Kuala Lumpur, 10 Julai 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati hadir memeriahkan Majlis Perasmian Persidangan Keselamatan Siber dan Pertahanan Siber (CYDES) 2023 yang membuka tirainya hari ini di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cydes-2023-timbalan-kpn-hadir-meriahkah-majlis-perasmian-cydes-di-mitec
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:07 MYT
Kuala Lumpur, 10 Julai 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berbesar hati hadir memeriahkan Majlis Perasmian Persidangan Keselamatan Siber dan Pertahanan Siber (CYDES) 2023 yang membuka tirainya hari ini di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), di sini.

Bertemakan "Building Cyber Resilience: Safeguarding The Digital Future" majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hj. Fadillah Hj. Yusof.

Kehadiran Datuk Seri Ayob Khan telah diiringi oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohd Yoosuf bersama Ketua Urus Setia KPN (Antarabangsa), SAC Supramaniam Ramasamy.

Persidangan tersebut merupakan kerjasama di antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama agensi keselamatan negara termasuk Polis Diraja Malaysia yang memfokuskan kesedaran keselamatan siber dalam mendepani teknologi masa hadapan.

Turut hadir Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Yang Mulia Raja Dato' Nurshirwan Zainal Abidin, Pengerusi Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khairul Adib Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JSJK (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Bukit Aman, SAC Zaldino Zaludin dan barisan pegawai MKN serta Agensi Keselamatan Siber Negara.

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 7 people and text

May be an image of 4 people, dais, crowd and newsroom

May be an image of 2 people and dais

May be an image of 4 people and dais

May be an image of 4 people

May be an image of 7 people and text

May be an image of 6 people, speaker and text
ArticlePublished 10 Jul 2023 12.55 PMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM