Curi Ubi Kentang Rm100 Ribu Tujuh Ditahan Bantu Siasatan
Tujuh
individu termasuk dua warga asing ditahan disyaki mencuri dua buah
kontena berisi ubi kentang dalam serbuan pihak polis di dua buah lokasi
berasingan.
Dalam
kejadian tersebut, lori kontena yang diletakkan di hadapan sebuah
gudang di Jalan Seruling 57, Taman Klang Jaya telah disedari hilang oleh
pengurus syarikat sekitar jam 7.30 pagi Sabtu lalu.
Kes
disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Suspek direman sehingga
12/01/2014 manakala warga asing yang terlibat direman sehingga
22/01/2014.



Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor