CURI
PACUAN 4 RODA UNTUK ANGKUT BALAK : Tiga lelaki berusia 24 hingga 34
tahun berjaya ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu sindiket
mencuri kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk aktiviti
pembalakan, di Lenggong, baru - baru ini.
Kesemua
lelaki itu ditangkap secara berasingan dalam satu operasi yang
dijalankan oleh Balai Polis Lenggong dan diketuai oleh Insp. Abdul Hamed
Abd Kadir.
Dengan penangkapan ketiga-tiga lelaki yang berasal dari Lenggong itu,
polis percaya dapat mencari dalang sebenar sindiket kecurian kenderaan
pacuan empat roda yang digunakan untuk mengangkut kayu balak.
Selain
tiga kenderaan dirampas, pihak polis turut merampas dua lagi kenderaan
pacuan empat roda yang ditinggalkan di dalam hutan dan dipercayai ada
bersangkutan dengan sindiket itu.

Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Curi Pacuan 4 Roda Untuk Angkut Balak
Tiga lelaki berusia 24 hingga 34 tahun berjaya ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu sindiket mencuri kenderaan pacuan empat roda yang digunakan untuk aktiviti pembalakan, di Lenggong, baru - bar..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/curi-pacuan-4-roda-untuk-angkut-balak
Scan to view the latest live version.